BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 3, 2010


Ini contoh bingkai (frame) .......anda boleh pilih dan tempah wokei.........................





Anda boleh pilih bingkai (frame) di halaman ini ikutlah warna apa yang saudara saudari suka. Ianya sangat sesuai sebagai hadiah sesuatu pertandingan, bengkel, seminar, perpisahan dan bila nak ke luar negara...... inilah sebahagian daripada melambangkan jati diri Johor tak gitu....



Banyak lagi cenderamata baju kurung (replika) yang bercorak boleh ditempah ikutlah suka hati...... jika berkenan...nanti boleh hadiahkan kepada kawan2...

Thursday, February 18, 2010

Baju kurung teluk belanga ini merupakan pakaian pembesar-pembesar istana pada zaman Temenggong Abu Bakar Sri Maharaja (1862),sehingga menjadi ciri penting orang melayu-Johor sejak awal abad ke 19 masihi. Biasanya teluk belanga ini dipakai dengan seluar berpesak bagi kaum lelaki. Kalangan perempuan pula berbaju kurung Johor berpesak dan berkekek denga potongan labuh dan berkain sarong ikat ombak mengalun.


Ini merupakan replika baju kurung teluk belanga tanpa kain. Teluk belanga ini diambil namanya sempena nama tempat teluk belanga di Singapura. Baju kurung Johor ini berpesak dan berkekek.

Tuesday, February 16, 2010

MAKAN SIREH BERSAMA PINANG
SANGGUL DIPAKAI SEBAGAI PERHIASAN
BUSANA MELAYU,BERKAIN BENANG
DIPAKAI SELALU SEBAGAI WARISAN